Ahad, 15 Mac 2009

MAKANAN HALAL DARI HOTEL

Assalamualaikum, Pada
hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu
wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2
orang Chef. Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika
tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas.
Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan
yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang. Seperti yang kita maklum, waktu
orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan
Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu
pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di
Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah,
Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk
berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan
sedap. Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang
itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan
makanan yang Hara m? Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef
telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka? Salah
seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran
hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur
masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi
dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang
dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak
makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang
dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini
bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah
ditetapkan oleh Eksekutif Chef. Eksekutif Chef ini terdiri daripada
orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti
makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan
Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya
western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan
cina dan lain lain. Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar
negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah
biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan
meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini. Salah seorang chef berkata,
ketika beliau baru memulakan kerjayanya,
beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup)
yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas
ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak
bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap
saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak. Selain daripada
Arak, ada yang
lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut,
terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu
bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis
"NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak
(atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork
dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau
terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap
kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita. Pada
kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk
menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini
adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam.
Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan
orang Myanmar dan Bangladesh . Me reka bukannya tahu pinggan mana yang
ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan
kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya.... Chef itu juga
ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak,
contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal
dihidangkan. Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang
dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef
menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang
disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal. Ada juga pada waktu
waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan.
Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati
makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan
berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak
daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para
pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang
haram. JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi
sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap
nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal
oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang
ingin saya dengar. Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila
mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2
orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk
Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah
syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan
yang nampak mahal dan sedap itu
tidak semestinya memberi manfaat kepada kita. Sekiranya anda tahu
Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua
pembaca. Wassalam... Petikan: Posted by Dr Azwan at 8:43 PM
www.drazwan. blogspot. com

ADAKAH ANDA MASIH BERANI DENGAN MAKANAN2 HOTEL?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan